PELAKON jelita, Kilafairy tidak melenting ketika menjawab persoalan mengenai status dirinya yang masih membujang sehingga kini.
Pemilik nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan,32, mengakui lebih selesa dan tenang menjalani kehidupan bujang tanpa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
Selain berserah urusan jodoh kepada YANG MAHA ESA, Kila percaya, Tuhan sedang merancang untuk dirinya terus berbakti kepada ayahnya memandangkan mereka masih tinggal bersama.
"Saya gembira menjalani kehidupan bujang dan tidak terfikir untuk berumah tangga dalam tempoh masa terdekat.
"Jika ingin berkahwin sekali pun, kalau boleh saya inginkan pasangan yang dapat menyempurnakan agama dan kekurangan diri ini.
"Saya percaya akan ketentuan-Nya, mungkin ALLAH nak saya jaga papa dan belum masanya untuk saya berkahwin. Pun begitu, tetap bahagia hidup membujang dan tidak terburu-buru,”katanya kepada SinarPlus.
Pelakon Drama ‘Dan Hati Pun Berkata’ juga berkata, keluarganya juga tidak mendesak untuk segera mendirikan rumah tangga walaupun usianya sudah menjangkau 30 tahun.
Sekadar makluman, anak kepada penyanyi Allahyarham Rohana Jalil itu pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki bernama Sa’aid Umar Aiman yang dikenalinya sejak di bangku sekolah.