Hadir majlis ilmu dengan ibu ayah OKU, remaja guna bahasa isyarat terjemah kandungan ceramah bikin ramai kagum!

Iklan

Seorang remaja menggunakan bahasa isyarat untuk menterjemah ceramah kepada kedua ibu bapanya.

TIDAK semua orang di dunia ini dilahirkan sempurna, tapi yang menyempurnakan mereka apabila dikelilingi orang yang penyayang, bertimbang rasa dan melengkapi satu sama lain.

Tular sebuah video yang mana seorang remaja menggunakan bahasa isyarat sebagai pengantara untuk ibu bapanya ketika mereka menghadiri satu majlis yang dikendalikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Abdul Somad baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Remaja 17 tahun yang dikenali sebagai Nabil Nazrol itu berbuat demikian bagi membolehkan orang tuanya dapat memahami pengisian majlis ilmu itu kerana mereka adalah Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu.

Dalam perkongsian di aplikasi Tiktok tersebut, jelas kelihatan pasangan tersebut itu khusyuk melihat anaknya dan mengangguk sebagai tanda faham.

Iklan

"Saya belajar bahasa isyarat ini daripada mak dan ayah sejak berumur tiga tahun. Ketika kecil saya nak susu. Jadi dari situ mak ayah mula saya ajar bahasa isyarat sederhana tetapi sebenarnya bahasa isyarat tu tak wujud pun. Untuk nak mudah faham," katanya dalam sebuah program televisyen.

Iklan

Hantaran tersebut telah mencecah 5.6 juta tontonan dengan tanda suka sebanyak 1.3 juta. Rata-rata warganet kagum melihat cara layanan Nabil kepada kedua ibu bapanya.

Mereka juga mendoakan agar anak kedua dari pasangan ini terus istiqamah dalam menjaga ibu bapanya yang istimewa itu.