Tunggu pulang daripada beli sayur, ibu sayu lihat jasad anak terbujur kaku

Iklan

LULUH hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya telah pergi buat selama-lamanya ketika sedang pulang daripada membeli sayur.

Tular satu gambar seorang wanita tidak henti-henti menatap wajah anaknya yang terbaring di atas tanah selepas motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki cuba memotong kenderaan lain di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa yang berumur 17 tahun dipercayai menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC semasa kejadian jam 7.20 pagi itu.

Iklan

Menurutnya lagi, Kemalangan tragis itu telah mengakibatkan mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan.

Iklan

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ibu arwah menjalankan perniagaan katering dan sedang menunggu kepulangan anak lelakinya pada pagi itu.