KALAU pergi ke pasar raya, lalu di kawasan buah dan sayur-sayuran mesti ternampak lobak merah yang pelbagai saiz kan?
Daripada saiz besar membawa kepada saiz sedang atau kecil. Malah, sekarang ni ada pula 'baby carrot' yang saiznya halus dan sekecil jari kelingking kita je.
Mungkin ada yang beranggapan, beli 'baby carrot' memudahkan kerja kerana saiznya yang kecil tak memerlukan tenaga untuk memotong lobak tersebut. Kiranya tinggal makan terus macam tu je!
Namun, awas ya! Seorang dietitian bernama Fairus Hamidin telah membuat pendedahan tentang perbezaan lobak yang orang ramai harus tahu, peka dan tidak membuat kesilapan ketika memilih sayur berkenaan.
"Beza sangat kan saiz lobak dari China sebesar penumbuk. Saiz kecil molek itu pula lobak merah dari Australia.
Sebolehnya elakkan segala sayuran dan buah yang dari China. Hal ini kerana, isu pencemaran racun, baja penggalak berleluasa dan memiliki tanah yang toksik," tulisnya dalam perkongsian di laman Facebook.
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membeli baby carrot bersaiz terlalu kecil dan comel kerana itu sebenarnya merupakan hampas dan sisa lobak merah yang dibentuk, diproses semula dan direndam dengan larutan pengawet kimia.
"Beli nak mudahkan, tidak perlu potong. Kukus dan masak konon nak buat snek 'sihat' untuk anak-anak. Tapi bahaya mengundang," tambahnya.'
Dalam pada itu, melihat di ruangan komen, salah seorang pengikutnya akui pernah terbeli baby carrot dan rasanya berbeza dengan lobak yang lain. Oleh sebab itu, beliau memilih untuk buang sahaja kerana rasanya tidak enak.
Kita beli sayur kerana mahukan kebaikannya untuk tubuh badan. Salah pilih, manfaat tak dapat tetapi sakit pula yang dapat nanti!
Semoga selepas ini kalian lebih bijak untuk membuat pilihan dan bezakan sayur-sayuran yang selamat untuk dibeli, ya!