Jia Hui 'disorok' di hotel bajet ditemui selamat, 4 suspek kini ditahan polis

Iklan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui selamat di Batang Kali selepas dua hari dilaporkan hilang pada Sabtu di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar memaklumkan mangsa, Albertine Leo Jia Hui ditemui pada jam 4.30 pagi tadi bersama seorang suspek di sebuah hotel bajet.

Iklan
Iklan

Tambah Kumar, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 31 tahun dan tidak mempunyai pertalian persaudaraan dengan keluarga mangsa.

Iklan

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan dibawa lari dengan menggunakan sebuah kenderaan.

Kini, suspek ditahan dan dibawa ke Johor bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak kanak 2017.

Iklan

Sebelum itu, pihak polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan. Mereka yang berusia antara 28 hingga 55 tahun ditahan reman bermula Selasa hingga 26 Julai oleh Majistret Suhaili Sapun dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu SinarPlus melaporkan, Jia Hui didapati hilang kira-kira pukul 8.30 malam, Sabtu lalu semasa Festival Bon Odori Johor.

Ketika itu, Jia Hui dilaporkan memakai memakai baju T berwarna putih dengan gambar 'Mickey Mouse'pada bahagian dada dan berseluar pendek.

Baca juga: Di mana Albertine Leo Jia Hui? Hilang sejak 20 Julai, pemilik kafe tawar ganjaran RM10,000 jika temui