Ajak balik kampung, suami cuba bunuh isteri dengan cekik, tolak dalam gaung. Ditemui cedera, calar & lebam 9 jam kemudian

Iklan

BERULANG kali penulis meneliti artikel ini, langsung tidak menyangka ia berlaku di Malaysia. Tergamaknya suami melakukan kekejaman kepada isteri, hanya asbab pertengkaran mulut sanggup cuba menamatkan riwayat insan dicintai.

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, Sabtu lalu, pasangan berusia 39 dan 32 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Iklan
Iklan

Berikut kronologi kes yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood:

1-Berdasarkan keterangan mangsa, sekitar jam 5.30 petang pada Jumaat, wanita itu telah dibawa suaminya menaiki kenderaan dari tempat kerjanya di Kuala Lumpur menuju ke Perak dengan alasan mahu pulang ke kampung.

Iklan

2-Sepanjang perjalanan telah berlaku pertengkaran mulut mengakibatkan suspek memberhentikan kereta dan bertindak mencekik leher serta mengugut mahu membunuh mangsa dengan sebilah pisau.

Iklan

3-Si isteri yang ketakutan cuba untuk keluar dari kereta, namun berjaya dihalang suspek sebelum kenderaan dipandu memecut sehingga sampai ke laluan JRTB di Gerik.

4-Semasa tiba di lokasi kejadian sekitar jam 5 pagi, sekali lagi berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu yang membawa kepada pergelutan di bahu jalan.

Lebuhraya Barat–Timur (Jeli-Gerik)

5-Si suami kemudian bertindak luar kawalan dengan menolak isteri sehingga jatuh ke dalam gaung.

6-Wanita malang itu berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak naik daripada gaung ke bahu jalan.

7-Beliau kemudian dijumpai orang awam dalam keadaan berseorangan di tepi jalan sekitar jam 2 petang.

Gambar hiasan

8-Mangsa yang mengalami kesan calar, luka dan lebam pada tubuh badan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping, Perak.

9-Polis bertindak pada Rabu selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

10-Buat masa ini, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Difahamkan, siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB), Akta Kesalahan Kecil dan Kanun Keseksaan

Zulkifli berkata, suspek telah ditahan oleh IPD Baling, Kedah semalam kerana terdapat penglibatan kes di daerah berkenaan dan sejurus selesai siasatan suspek akan ditangkap semula oleh IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan.

Hati-hatilah wanita!

Sumber: Sinar Harian, Malaysia Gazette