KEHILANGAN insan tersayang memberikan kesan mendalam buat gadis, Qaisara Damia Ridwan Effendy, 15.
Masakan tidak, sehingga ke hujung nyawa, ibu bapanya Ridwan Effendy Yusof, 43, dan Suhana Khairudin, 37, permata sulung keluarga itu sentiasa dalam ingatan terutama setelah merancang menyambut ulang tahun kelahiran.
Lebih memilukan, kek hari lahir yang dibeli si bapa sebagai kejutan ditemukan hancur dalam kemalangan jalan raya selepas pulang dari Ipoh!
"Rupa-rupanya papa sudah membeli kek hari jadi dan disembunyikan di bonet belakang.
Menurut Qaisara Damia, hari lahirnya jatuh pada 1 Jun tetapi ibu bapanya mungkin merancang majlis hari lahir sebaik mereka sekeluarga tiba di Kota Bharu.
ADIK PANGGIL MAMA PAPA DALAM TIDUR
Pasrah kehilangan ibu bapa dan kandungan kembar ibunya pada 2 Jun lalu, Damia teringat pesanan bapa supaya beliau tidak meninggalkan solat dan menjaga adik, Akid Darwisy Ridwan Effendy, 9.
Malah ketika dalam perjalanan pulang, bapanya ada berpesan agar belau dan adik tinggal bersama nenek, Wan Rahani Wan Zain, 67.
Qaisara yang mula menerima kenyataan pemergian ibu bapa tersayang sentiasa menitipkan kiriman doa agar roh mereka dalam kalangan orang beriman.
Terdahulu, Qaisara dan Akid mengikuti ibu bapa mereka ke Ipoh, Perak susulan ibunya, Suhana yang hamil kembar perlu dirujuk ke hospital di daerah itu untuk menerima prosedur rawatan.
Pun begitu, kejadian jam 9.35 pagi, ibu bapa remaja itu, Ridwan Effendy dan Suhana yang hamil enam bulan maut di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Qaisara dan adiknya, Akid Darwisy hanya mengalami luka di bahagian kaki dan mulut.
PERGI BERSAMA ANAK KEMBAR DITUNGGU SEMBILAN TAHUN
Difahamkan, Suhana yang dijangka bersalin September ini baharu sahaja selesai menjalani prosedur memindahkan air ketuban untuk seorang daripada bayi kembarnya di dalam kandungan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
Ibu berkenaan terdahulu mendapat kebenaran untuk pulang bertolak dari Ipoh sebelum bercadang menginap di hotel di Cameron Highlands.
Bagaimanapun, menurut keluarga, empat beranak itu hanya berehat di dalam kenderaan memandangkan semua hotel di tempat peranginan itu ditempah, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu.
Dalam kemalangan pada pukul 9.35 pagi itu, Ridwan Effendy yang merupakan pegawai tentera, dan isterinya Suhana maut di lokasi kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ridwan Effendy dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Gua Musang sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan lalu dan merempuh tembok longkang.
SUMBANGAN DISALURKAN MENERUSI PIBG
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, Datuk Burhanuddin Ruslan menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 daripada warga sekolah dan orang ramai disalurkan melalui PIBG bertujuan membantu dua beradik yatim piatu itu.
Katanya, Akid Darwisy merupakan murid SK Mulong 1 manakala kakaknya pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong.
"Bantuan ini tidak berakhir di sini kerana orang ramai boleh terus memberikan sumbangan melalui tabung PIBG. Kita juga bersedia menjadi pemudah cara kepada mana-mana pihak yang mahu membantu dua anak ini sehingga mereka berjaya dalam pelajaran," katanya.
Burhanuddin turut memaklumkan, kunjungan juga akan berterusan bagi melihat keperluan dua beradik tersebut berkenaan.
Orang ramai yang mahu menghulurkan derma boleh berbuat demikian atas nama PIBG Sek Keb Mulong 1 melalui bank Muamalat di nombor 03010003981711.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ridwan Effendy Yusof dan isteri, Suhana Khairudin. Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian