Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. 'Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah'

Iklan
Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, (1)

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada 2 petang Selasa itu meragut nyawa Allahyarham Md Rizal Atan, 47, seorang pemandu peribadi.

Shahrizan Atan, adik bongsu kepada Allahyarham Md Rizal meluahkan rasa sayu kehilangan abang tersayang dan tidak menyangka pertemuan dengan pada majlis hari raya dan kenduri doa selamat, Jumaat lalu adalah yang terakhir.

Iklan
Iklan

Beliau mendedahkan abangnya yang mesra dipanggil Uda itu bukan saja disayangi adik-beradik dan ahli keluarga, mereka malah turut disenangi majikan dan rakan.

Hanya menonton video tular pokok tumbang di laman sosial, si adik tidak menyangka mangsa maut adalah abang kandungnya.

Iklan

Baca juga: Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

Iklan

"Saya lihat video tular seorang maut akibat pokok tumbang, rupanya abang saya'

"Beliau seorang yang baik, selalu ambil berat perihal kami lima beradik," katanya.

Ujar Shahrizan, beliau hanya mengetahui hal berkenaan selepas dihubungi ahli keluarga.

"Saya dapat maklumat daripada anak arwah petang semalam mengatakan ada polis datang ke kediaman mereka di Manjung, Perak tetapi tiada orang di rumah.

"Kemudian jiran di Manjung memaklumkan kepada anak arwah sebelum dia cuba menghubungi bapanya (mangsa) tetapi gagal lalu hubungi saya," katanya ketika ditemui di Forensik Hospital Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Baca juga: Meninggal ketika mencari rezeki, hujan lebat di ibu kota ragut nyawa

Menurut Shahrizan, ketika kejadian itu abangnya sedang dalam perjalanan menjemput seorang tetamu di sekitar ibu negara menggunakan kereta syarikat.

"Pada waktu itu, jalan sangat sesak sebab hujan lebat. Selepas kemalangan, kami sekeluarga dan majikan cuba hubungi abang tetapi gagal.

"Majikannya memberitahu, Uda tidak pernah lambat tetapi pada petang itu, semua orang tidak boleh telefon abang.

"Rupanya telefon arwah sudah pecah disebabkan kemalangan itu," katanya.

Pemergian abang tersayang juga satu kehilangan besar buat mereka sekeluarga. Lebih-lebih lagi bagi balu dan empat anak Allahyarham yang berusia antara 19 hingga lima tahun.

Baca juga: Nahas Elmina: Seolah tahu akan pergi, pemandu Grab serah gambar kepada anak, WhatsApp bergurau dengan isteri

[caption id="attachment_143284" width="800"] Kredit foto: X @ngmeirene[/caption]

Lebih memilukan, Md Rizal juga sangat mengambil berat dengan kesihatan bapa mereka yang berusia 71 tahun dan gigih menjaganya bersama adik-beradik lain.

Malah beberapa hari lalu Allahyarham mengalami demam selepas menjaga bapa mereka di wad.

"Kami semua adik-beradik lelaki jadi kami sangat rapat. Apa-apa mengenai urusan keluarga, kami akan berbincang.

"Semasa menguruskan ayah yang sedang sakit, abanglah yang banyak membantu kerana dia seorang pemandu peribadi," katanya sebak.

"Pada waktu itu, abang saya demam. Dia nampak penat sebab banyak menguruskan hal berkenaan bapa saya di Hospital Shah Alam.

Malah menurut Shahrizan, ketika hari raya lelaki itu juga tidak banyak bercakap.

"Pada hari raya pun Allahyarham ada berjumpa dengan keluarga.

"Tetapi dia tidak banyak bercakap sebab kami sekeluarga faham keadaan bapa kami yang masih sakit," katanya.

Jenazah disolatkan di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21

Sementara itu, saksi kejadian, Muhammad Tariq Haikal, 24, beliau dan orang awam sempat mengangkat dahan yang menghempap kepala lelaki itu. Katanya ketika itu Md Rizal masih sedar kira-kira lima minit.

"Ada orang lain sempat pesan kepadanya supaya mengucap (dua kalimah syahadah) sebelum lelaki itu pengsan," katanya.

Terdahulu, insiden pokok tumbang itu berkenaan yang tular di laman sosial. Pokok berkenaan rebah merentangi jalan yang sarat dengan kenderaan dan rel laluan monorel.

Ia mengaibatkan 17 buah kenderaan manakala landasan monorel pula terhalang dengan dahan-dahan pokok.

Salam takziah, al-Fatihah.

Sumber : Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!