Sakit kaki selepas merentas desa kemudian dipotong, impian Hidayat jadi pelumba basikal terkubur. 'Anak mengadu sakit kaki....'

Iklan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih dan sayu membaca kisah remaja ini, bermula dengan simptom sakit kaki selepas menyertai aktiviti merentas desa di sekolah, impian serta masa hadapannya kini kabur.

Iklan
Iklan

Siapa sangka kesakitan dialami Mohd Hidayat Mujahid Mohamed So’od, 13, adalah tanda-tanda kanser tulang yang meragut cita-cita hingga menyebabkan kaki kirinya dipotong pada Julai lalu.

Menurut bapa, Mohamed So’od Abdullah, 57, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh itu terdahulu tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda menghidap barah.

Iklan

Mohamed So'od dan Zanariah reda dengan ujian dan keadaan yang dihadapi anak bongsunya. (Kredit foto: Kosmo)

Iklan

"Hidayat kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan hasil ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mendapati ada ketulan tulang dan beliau disahkan menghidap kanser tulang pada penghujung Jun,” katanya.

Segalanya berlaku sekelip mata. Kaki kiri remaja itu terpaksa dipotong pada Julai menyebabkan kehidupannya yang aktif dalam sukan berubah 180 darjah.

Keadaan Mohd Hidayat selepas kehilangan kaki kiri akibat penyakit kanser tulang.

"Memang berat hati menerima keputusan ini, tetapi Mohd Hidayat sendiri mengaku tidak dapat lagi menanggung kesakitan akibat penyakit itu.

"Malah, beliau reda dengan takdir ini. Kami rasa beremosi bila mengenangkan penderitaan yang dialaminya,” kata Mohamed So’od yang bekerja sebagai pembantu dobi.

Ibu mana yang tega melihat anak kesayangan menderita. Kata Zanariah Abu Sah, 50, Mohd. Hidayat terlalu muda untuk menanggung penderitaan apabila kaki kirinya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

"Kini, kami berharap dapat bantuan kaki palsu yang sesuai dengan keadaan anak selain sedang menunggu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Mohd Hidayat memerlukan penjagaan rapi daripada ibunya, Zanariah sejak disahkan menghidap kanser tulang pada Jun lalu.

Dengan pendapatan sebagai pembantu dobi, Mohamed So’od mengakui buntu memikirkan kos yang diperlukan untuk Mohd Hidayat termasuk bekalan susu khas, lampin, pembelian kaki palsu dan kerusi roda.

Mohd Hidayat ketika masih sihat dan aktif bersama kakaknya, Hani Khalilah,

Tambahan pula, beliau juga perlu menanggung dua lagi anak, Hani Khalilah,19, yang menyambung pengajian Diploma Teknologi Maklumat (IT) di Politeknik Muadzam Shah, Rompin dan Mohd Hakimi Solihin,15, di SMK Seberang Temerloh.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menyalurkannya ke akaun Hong Leong Bank bernombor 13151036504 atas nama Mohamed So’od Abdullah atau menghubungi keluarga ini di talian 013-7149987.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)