Adab anak muda makin membimbangkan, Pelakon Zulkifli Ismail cadangkan subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah

Iklan

Kebanyakan ibu bapa mengharapkan perangai anak-anak mereka baik dan sentiasa menghormati orang yang lebih berusia dan wijud rasa takut untuk berdepan jika ada berbuat salah.

Sifat anak-anak masa kini sangat berbeza dengan zaman dahulu.

Membesar dengan teknologi yang canggih menjadikan mereka kurang terdedah dengan manusia lain dan membawa kesan buruk terutamanya bila bicara soal adab dan akhlak.

Iklan
Iklan

Kebanyakan ibu bapa mengharapkan perangai anak-anak mereka baik dan sentiasa menghormati orang yang lebih berusia dan wujud rasa takut untuk berdepan jika ada berbuat salah.

Namun apakan daya, hasutan dunia luar melebihi segalanya, menjadikan mereka agresif ketika salah, malah ada yang sampai memilih untuk melarikan diri daripada rumah jika berlaku perbalahan.

Iklan

Risau akan permasalahan ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran tatarakyat seperti yang pernah dilakukan di semua sekolah di Malaysia suatu ketika dulu.

Beliau berkata, cadangan tersebut dibuat bertujuan untuk melahirkan warganegara yang lebih sopan dan bertatasusila.

Iklan

"Saya cadangkan supaya mata pelajaran tatarakyat diajarkan semula di semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta dan lain-lain.

"Untuk melahirkan warga yang lebih bersopan-santun dan bertatasusila," tulisnya dalam sebuah perkongsian di laman facebook.

Zulkifli turut menunjukkan sebuah buku lama subjek tatarakyat yang pernah diterbitkan di negara ini.

Buku yang dikongsikan itu bertajuk Tatara'yat ada-lah kera'ayatan yang baik ditulis bersama oleh C Michael dan T Daniel untuk kegunaan pelajar tingkatan satu. Ia diterjemah oleh C Campbell dan Pustaka Bersatu yang beralamat di Lebuh Carnarvon, George Town di Pulau Pinang menjadi penerbitnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Zulkifli bersetuju dengan pendapat beliau untuk kembalikan semula mata pelajaran yang dapat membentuk semula adab anak-anak masa kini.

Untuk rekod mata pelajaran tatarakyat sebelum ini diajar di sekolah-sekolah di Malaysia sekitar 1970-an atau 1980-an.

Subjek itu kemudiannya diperkenalkan semula sebagai subjek sivik yang mengetengahkan ilmu kenegaraan, sejarah ringkas, adab, budaya silang bangsa dan penekanan terhadap prinsip Rukun Negara.