Tiada kecederaan fizikal, Nidza Afham disahkan mati mengejut. Ramai hadiri solat jenazah

Iklan

BERITA pemergian penyanyi, Nidza Afham di luar jangkaan. Masakan tidak, pergi tanpa sebarang petanda, abang kepada penyanyi Aufahanie itu ditemukan terapung dalam Sungai Klang selepas hampir 24 jam hilang.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya mengklasifikasikan kematian anak kelima daripada tujuh adik beradik itu sebagai mati mengejut (SDR).

Iklan
Iklan

Katanya, bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.

Iklan

"Punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

"Siasatan diteruskan sebagai SDR," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pun begitu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum itu, van yang membawa jenazah Nidza Afham meninggalkan pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada jam 5.04 petang menuju ke Masjid Puncak Alam untuk solat jenazah.

Kakaknya, Irfahanie Mokhtar, 30, sempat berkongsi suasana solat jenazah adiknya.

"Allahuakbar ramainya yang solatkan Am. Sungguh istimewa Nidza Afham ni," kongsinya.

Terdahulu, mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Klang, kira-kira jam 7.30 malam, Rabu, disahkan adalah Nidza Afham selepas dilaporkan hilang sejak Selasa.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat adik mangsa pada jam 4.22 pagi, Rabu yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

Aufahanie menerusi hebahan pencarian abangnya memaklumkan, dompet dan telefon bimbit lelaki itu ditemui di belakang jambatan. Bagaimanapun kad pengenalan dan kad pelajar masih selamat.