'Istiqomah isteri taat & penyayang.' Sayu kongsi keadaan anak, suami, keluarga mahu pembunuh dihukum gantung

Iklan

LAPAN bulan hilang kemudian disahkan meninggal dunia dalam keadaan yang tragis, berita pemergian guru, Istiqomah Ahmad Rozi cukup menyayat hati.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terpaksa menerima kenyataan, suami Allahyarham, Mohd Yusof Mokhtar, 35 menzahirkan rasa pilu dan reda menerima suratan takdir isteri tersayang sudah tiada lagi di dunia.

"Dia isteri yang taat pada suami dan amat sayangkan anak-anaknya. Dia (isteri) juga seorang yang baik. Kalau ada apa-apa, dia akan minta izin dengan saya terlebih dahulu," katanya.