Hati-hati dengan cacar monyet! KKM ketatkan sempadan dengan 5 langkah segera ini

Iklan

WABAK Covid-19 ibarat mimpi ngeri buat seluruh dunia kerana mampu melupuskan hampir sesetengah populasi manusia. Belum pun tamat penyakit itu, baru-baru ini kita digemparkan pula dengan kes cacar monyet atau Mpox.

WABAK Covid-19 ibarat mimpi ngeri buat seluruh dunia kerana mampu melupuskan hampir sesetengah populasi manusia. Belum pun tamat penyakit itu, baru-baru ini kita digemparkan pula dengan kes cacar monyet atau Mpox.

Mungkin ada yang tertanya apa itu cacar monyet, Mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus dan jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan.

Iklan
Iklan

Malah, jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim dengan gejalanya ialah demam berserta ruam 'maculopapular rash' atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan kornea.

Iklan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes terbaharu membabitkan Mpox di Malaysia direkodkan meskipun berlaku peningkatan jangkitan di rantau Afrika. Bukan itu sahaja, pihak Kementerian memaklumkan kes Mpox di negara ini kekal sembilan kes yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Susulan daripada pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu, KKM akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa.

Iklan

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad lalu berkata, semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, KKM juga turut berkongsikan lima langkah segera yang dilakukan sebagai persediaan untuk pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox. Antaranya:

- Menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

- Memastikan semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk menotifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

Bagi pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan"Guidelines on mpox management in Malaysia 2023" di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my).

- Memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia di mana buat masa ini terdapat 10 buah makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta

- Mempertingkatkan aktiviti kesedaran mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti seperti spa & sauna.

- Memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.