Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

Iklan
Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu (1)

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan, 47, diiringi air mata.

Jenazah arwah yang diurus dan disolatkan di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24 kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_143391" width="800"] Kredit foto: Malaysia Gazzette (Foto : Syadila Amari)[/caption]

Md Rizal yang merupakan pemandu peribadi meninggalkan empat cahaya mata berusia antara 19 hingga lima tahu dan balu, Nofahidah Mat Zaman.

Iklan

Sayu dan pilu, anak-anak arwah menitiskan air mata saat proses pengurusan jenazah dan pengebumian.

Baca juga: Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

Iklan

Baca juga: Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

Menerusi perkongsian laman sosial portal berita Malaysia Gazzete, anak arwah, Nur Ielfa Syahirah tidak dapat menahan sebak ketika mengiringi jenazah si ayah ke perkuburan.

Baca juga: Meninggal ketika mencari rezeki, hujan lebat di ibu kota ragut nyawa

Baca juga: Nahas Elmina: Seolah tahu akan pergi, pemandu Grab serah gambar kepada anak, WhatsApp bergurau dengan isteri

[caption id="attachment_143387" width="800"] Kredit foto: Malaysia Gazzette (Foto : Syadila Amari)[/caption]

 

Paling menyentuh hati, anak ketiga arwah, Muhammad Ielmy Zikry yang tidak dapat menahan sebak berada di sisi jenazah bapa.

[caption id="attachment_143388" width="800"] Kredit foto: Malaysia Gazzette (Foto : Syadila Amari)[/caption]

Suasana hiba menyelubungi upacara pengebumian yang turut dihadiri bapa Allahyarham, Atan Taib, 71 dan ibu.

[caption id="attachment_143392" width="800"] Kredit foto: Malaysia Gazzette (Foto : Syadila Amari)[/caption]

Tidak ketinggalan majikan juga hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Terdahulu, portal berita tempatan melaporkan Md Rizal seorang pekerja yang berdedikasi dani tidak pernah lewat, tetapi semalam telefonnya tak dapat dihubungi ketika kejadian kerana sudah rosak dan pecah susulan kemalangan.

Pemergian Allahyarham hanya disedari selepas polis datang ke kediaman keluarga di Manjung, Perak.

Difahamkan pokok yang tumbang baru-baru ini berusia lebih 50 tahun. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan ia berada di bawah pemantauan pihak swasta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!