'Hidayah milik ALLAH.' Sujud syukur lepas menang emas SUKMA, atlet taekwondo Fu Ceen dedah 8 bulan peluk Islam

Iklan

HIKMAH di sebalik kemenangan meraih emas di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, atlet taekwondo Terengganu Fu Ceen Put Thai mendedahkan beliau sudah bergelar muslim.

Video berdurasi 25 saat yang tular di laman sosial itu memaparkan beliau mengibarkan bendera Terengganu di sekeliling gelanggang sebelum melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran di khalayak ramai termasuk orang tuanya selepas menang acara kyorugi kategori lelaki bawah 63 kilogram.

Iklan
Iklan

Biarpun baharu pertama kali beraksi di SUKMA, Fu Ceen berjaya menewaskan peserta Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan 13-2.

Menurut Fu Ceen yang memilih nama Islamnya, Fathurrahman kini tersenarai dalam program atlet pelapis kebangsaan.

Iklan

Beliau yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Hotel Management, Politeknik Metro Kuala Lumpur, mendedahkan telah memaklumkan ahli keluarga tentang dirinya yang telah memeluk Islam selepas berjaya meraih pingat emas tersebut.

Iklan

"Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu kerana saya memang selalu bersama dengan mereka,” katanya

Perkongsian video berkenaan menerima pelbagai reaksi ramai yang rata-rata tersentuh serta mendoakan beliau sebagai saudara baharu.

"Masya-ALLAH Fu Ceen. Semoga istiqamah selalu. Bertambah lagi saudaraku, Allahamdulilah."

"Alhamdulillah, menitis airmata tengok saudara baru kita. Terima kasih Ya ALLAH, permudahkan urusan agama kami."

"Allahuakbar, hidayah milik ALLAH diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki."

"Tidak kenal tetapi aku menitis air mata kesyukuran. Tahniah saudara kerana ALLAH telah mengurniakan nikmat paling besar iaitu nikmat iman dan Islam."