Isteri syukur jurutera hilang selamat dijumpai. 'Terima kasih atas hebahan, tak dapat kongsi lanjut atas sebab peribadi'

Iklan

ISTERI kepada jurutera Faizal Ahmad, 39, yang dilaporkan hilang baru-baru ini berkongsi maklumat terkini suaminya telah dijumpai.

Nurul Ain Muhammad Mudzafar menerusi laman sosial Facebook memaklumkan suaminya itu ditemui dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Enggan berkongsi lanjut kronologi kehilangan Faizal selama 10 hari, wanita itu bagaimanapun menitipkan kesyukuran.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi membuat hebahan berkenaan berita kehilangan suami saya.

Iklan

"Saya ingin memaklumkan bahawa suami telah selamat dijumpai dan hal ini telah diselesaikan di balai bersama pihak polis.

Iklan

"Atas sebab-sebab peribadi dan hal keluarga, saya tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut tentang kes ini. Tapi, saya ingin mengesahkan bahawa suami berada dalam keadaan yang selamat," kongsinya.

Dalam pada itu Nurul Ain yang sedang hamil enam bulan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media.

"Saya juga ingin meminta jasa baik rakan-rakan media untuk mengemas kini artikel untuk menyampaikan perkembangan terkini.

"Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakyat Malaysia dan rakan-rakan media yang sudi menghebahkan berita ini sehingga suami saya berjaya ditemui.

"Jasa kalian amatlah saya hargai," tulisnya.

Terdahulu, Faizal dilaporkan hilang pada 16 Ogos selepas keluar bekerja manakala waktu terakhir berhubung adalah pada jam 8.34 malam.

Sempat memaklumkan akan pulang selepas selesai melaksanakan tugas, jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Panji, Kota Bharu memakai pakaian seragam jabatannya dan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz.