BARU-baru ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memberi sumbangan kepada rakyat P4lestin yang cedera dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Memetik Berita RTM, sumbangan berkenaan diserahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menziarahi mereka di hospital terbabit.
"Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas dan dinafikan hak mereka oleh pihak Isr4el," katanya.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat P4lestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat P4lestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia terutama Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan hospital berkenaan atas segala usaha memberikan rawatan terbaik kepada mangsa.
"Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan diberikan kesembuhan oleh ALLAH.
"Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di P4lestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan," katanya.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan meraih 16.1 juta tontonan dan 2.1 juta tanda suka.
Sebanyak 58,500 komen warga maya dari seantero dunia dicatat pada rakaman tular itu yang rata-rata mengakui sebak dan menitiskan air mata melihat senyuman rakyat Palestin menerima rawatan.
Ujar mereka:
"Jujur iri dengan Malaysia. Tanpa banyak bicara lakukan kerja nyata. Save palestina. Salam dari Indonesia."
"Kudos. We from Singapore proud of Malaysia humanity stands."
"Anak-anak syurga semua ni, kebanyakan yatim piatu. Sebak apabila menteri cium mereka. Allahuakbar besar dugaan, semoga terus kuat saudaraku."
"Baby yang cedera mata tu comel sangat, ketawa sahaja dia. Senyuman mereka buat kita sebak"
"Si comel mata sebelah tak boleh buka tu aku dah tengok video dia semasa di Gaza. Musthopha namanya. Mengalir air mata aku ketika melihatnya namun dia sentisa senyum."
"Allahuakbar I’m crying, ujian mereka as P4lestinian. Ujian kita sebagai ummah membantu sedaya upaya."
Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat P4lestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan rejim zionis, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira 2.00 petang.
Sumber: TikTok, Berita RTM