Kejam! Mayat bayi ditanam dalam simen parkir rumah sewa

Iklan

KEJAM! Siapapun pelaku, tergamaknya menguburkan bayi di hadapan rumah. Sudahlah tidak diurus dengan sempurna, jasad si kecil itu ditanam di dalam lapisan simen bahagian letak kereta sebuah kediaman.

Dalam kejadian Taman Sri Rokam, Ipoh, mayat yang belum dikenal pasti jantina itu ditemukan seorang lelaki berusia 37 tahun sekitar jam 11 pagi.

Lelaki berkenaan dikatakan sedang melakukan kerja membaik pulih rumah dan mengorek tanah lantai tempat letak kereta bertujuan untuk menyimen semula.

Gambar hiasan
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Bagaimanapun, beliau yang terjumpa cebisan kain sarung terkejut melihat terdapat objek menyerupai mayat bayi di sebalik kain tersebut.

Apa perlu anda lakukan jika menemui mayat? Berikut langkah yang perlu dilakukan menurut MyHealth:

1- Jangan menyentuh mayat atau sebarang objek yang beada di sekelilingnya.

2-Hubungi balai polis berhampiran atau talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan polis peronda.

3-Jika anda merasakan bahawa tidak selamat untuk berada lebih lama di situ, tinggalkan tempat tersebut dan segera ke balai polis yang terdekat.

4- Maklumkan kejadian tersebut kepada pegawai yang bertugas.

5-Tindakan itu bukan sahaja boleh membantu pihak polis bertindak dengan lebih berkesan malah dapat menyelamatkan anda daripada disyaki terlibat kematian individu terbabit.

Apabila terjumpa mayat, jangan panik. Cuba bertenang dan berfikir secara rasional. Jangan lakukan sesuatu yang mungkin boleh disesalkan pada masa hadapan.

Sumber: Sinar Harian