'Bagai pinang dibelah dua." Keanggunan Tengku Puteri Afzan, ketampanan FD Idzham pada istiadat bertandang jadi tumpuan

Iklan
Kredit foto: Instagram @rozlanassir

DIIJAB kabulkan pada 22 Ogos lalu, puteri Sultan Pahang, Yang Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut dalam istiadat bertandang di sebuah hotel di ibu negara.

Turut berangkat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda.

Kredit foto: Instagram Tengku Hassanal Shah
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Istiadat berkenaan dikongsikan jurusolek terkenal, Rozlan Nassir yang bertanggungjawab merias wajah mempelai diraja.

Rozlan menerusi Instagram memuat naik foto anakanda kesembilan Sultan Pahang itu bersama suami, FD Idzham FD Iskandar berserta pantun memuji keanggunan pasangan pengantin diraja.

Kredit foto: Instagram Tengku Hassanal Shah


"Istiadat Perkahwinan DiRaja, majlis bertandang,Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Burung jelatik burung jeladan,

Terbang mari ke hujung benua,

Sama cantik sama padan,

Bagai pinang dibelah dua," kongsinya.


Kredit foto: Instagram @rozlanassir


Memakai sepersalinan kurung moden rona putih gading yang elegan dari Haute Couture by Rizalman Ibrahim, Tengku Puteri Afzan tampil menawan menawan perhatian setiap mata yang memandang.

Tata rias pula disempurnakan dengan Rozlan Nasir menaikkan seri pengantin pada wajah Tengku Puteri Afzan sehingga kelihatan sangat ayu dan lembut. Solekan yang sederhana menyerlahkan kecantikan semula jadi baginda.

Sementara itu, penataan gaya hijab pula, Tengku Puteri Afzan mendapatkan sentuhan juru mekap yang tidak asing lagi, Nazrul Anas Zunaidi.

Ketampanan mempelai lelaki yang juga pewaris empayar Glomac, FD Idzham terserlah dengan sepersalinan warna sedondon berserta tanjak dan ikatan samping gaya Pahang sebagai pelengkap gaya.

Kredit foto: Instagram @rozlanassir


Menerusi video yang dimuat naik, pasangan diraja berjalan beriringan ke mahligai pelamin yang dihias indah dengan bunga-bungaan segar hasil tangan Rekateemor.

Warga maya tidak henti memuji keanggunan Tengku Puteri Afzan dan suami di samping mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke anak cucu.

Ujar mereka:

"So natural beauty."

"Jelitanya Tengku Puteri Afzan, semakin berseri, masya-ALLAH."

"Terserlah kecantikan Tengku Puteri Afzan walaupun solekan sederhana dan tidak over."

"Cantik dan jelita dalam mininalis."

"Manisnya pengantin diraja, tak jemu mata memandang."

"Natural look yang pelbagai daripada akad nikah, berinai, persandingan dan kini bertandang. Semua simple sahaja tapi sangat lawa. Tahniah."

"Pilihan warga busana putih dan putih gading dalam keempat-empat istiadat perkahwinan diraja tetap menyerlahkan kejelitaan Tengku Puteri Afzan. Sopan dan sejuk mata memandang"

Istiadat pernikahan, berinai dan persandingan terdahulu dilangsungkan pada 22, 23 dan 24 Ogos di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan.