PERSONALITI media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Alif Teega.
Memetik laporan mStar, pemilik nama Aisyah Hijanah Azhari itu memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor awal Ogos lalu.
Biarpun mendedahkan bakal berpisah, ibu kepada tiga cahaya mata itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca penceraian difailkan.
"Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan melibatkan ramai orang.
"Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa," katanya.
Mengakui sedang melalui situasi sukar, pempengaruh berusia 26 tahun itu memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya.
"Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.doakan saya sebab ujian saya sangat berat," kata Aisyah.
Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Terdahulu, Alif pada November tahun lalu mendedahkan telah berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat hamil anak ketiga mereka.
Sumber: mStar