Bambamnya, pecah rekod! Lahir 4.8kg persis kanak-kanak taska, ibu kongsi pengalaman bersalin bayi paling besar

Iklan

SETIAP kali kelahiran, berat badan bayi menjadi topik bualan ramai. Seperti anak keempat Wan Nur Jahidah Wan Muim ini yang menjadi perhatian warganet di laman sosial TikTok.

Berkongsi khabar gembira sudah bersalinkan bayi lelaki, wanita itu tidak menyangka hantaran berkenaan menerima 3.6 juta tontonan selepas sehari dimuat naik.

Iklan
Iklan

Menerima lebih 480,000 tanda suka, hantaran berkenaan menjadi perhatian ramai lantaran kecomelan si kecil yang rata-rata bersetuju fizikal bayi berkenaan seolah-olah sudah menginjak usia berada di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Malah, si cilik itu disahkan antara bayi yang paling besar.

Iklan

"Sewaktu kelahiran, ruangan bersalin dan wad menjadi kecoh kerana anak saya ini seberat 4.8kg dan doktor kata ini antara bayi paling besar yang dilahirkan di hospital Raja Permaisuri Bainun ini.

"Sebelum saya bersalin, pakar menasihati saya untuk melahirkan secara czer kerana ketika bersalin anak ketiga pernah ada sejarah bahu bayi tersangkut dan ketika itu anak saya seberat 3.8kg,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Imbas kembali proses bersalin, ibu berkenaan memaklumkan doktor sudah memberitahu bersalin secara normal agak berisiko dan boleh menyebabkan komplikasi sehingga kematian.

Ibu muda berkenaan yang mulanya mahu bersalin secara normal akhirnya reda untuk dibedah demi keselamatan bayi dan ibu.

"Anak keempat ini merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.

"Saya tidak pasti sama ada minum minuman itu yang menyebabkan anak menjadi sihat sehingga berat hampir mencecah 5kg,” ujarnya.

Rata-rata tinjauan SinarPlus mendapati warganet geram melihat kecomelan si kecil.

"Comelnya awak dik. Berat dah sama macam baby dua bulan."

"Mochi strawberi."

"Gebunya sayang, semoga membesar dengan sihat."

"Bulatnya anak soleh ni, dagu auto dua ya dik."

Sumber: Sinar Harian, TikTok @sueracun99