Noor Kartini doa jodoh buat Nabila, bahagia selamanya sampai syurga 'Janji Allah yang tiada hijab'

Iklan

Tiada ibu di dunia ini sanggup melihat anaknya meniti kehidupan akan datang berseorangan tanpa pasangan, terutamanya anak perempuan.

Tiada ibu di dunia ini sanggup melihat anaknya meniti kehidupan akan datang berseorangan tanpa pasangan, terutamanya anak perempuan.

Apa yang mereka harapkan adalah hadirnya seseorang yang mampu menjaga dan memberikan kebahagian buat pertama hati mereka.

Iklan
Iklan

Itulah yang dirasai oleh ibu kepada usahawan dan selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini buat anaknya, Noor Nabila Mohd Noor.

Melalui satu hantaran di aplikasi Tiktok miliknya, beliau sempat menitipkan doa buat Noor Nabila sempena hari kelahiran anak perempuannya itu baru-baru ini.

Iklan

"Dengan terbentang luas tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, dengan iringan para malaikat menyambut doa keramat dari seorang ibu, dengan janji Allah doa yang tiada hijab.

"Doa ijabah sebagai seorang ibu, tanggungjawab mama mendoakan yang terbaik untuk Nabila dan seluruh keturunan.

Iklan

"Moga sentiasa dalam pandangan rahmat Allah, diselimuti nur kasih Allah, diberkati setiap langkah perjalanan kehidupan, diangkat darjat dan martabat dengan umur yang panjang lagi berkat. Kesihatan yang sejahtera dengan keafiyatan dan rezeki yang melimpah ruah, yang mudah, yang tidak memenatkan, yang berkat dan sentiasa dalam redha Allah," ditulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar Nabila dikurniakan suami yang dapat memberinya kebahagiaan.

"Semoga anak keturunan Nabila menjadi keturunan yang soleh, beriman, baik, menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan, berjaya dan bahagia dunia akhirat.

"Setiap doa-doa Nabila yang baik-baik dan yang dalam jagaan Allah dikabulkan Allah tanpa tangguh.

"Mama doakan Allah kirimkan seorang suami yang dapat membahagiakan Nabila dan Jayden selama lamanya sehingga ke syurga. Amin. Love you sayang," tambah beliau.

Terdahulu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Kemudian, Nabila berkahwinn pula dengan Engku Emran pada mac 2021 namun bercerai pada 2023.

Semoga yang terbaik buat Nabila ya, sama-sama kita doakan.