Mak ayah ambil tahu, tanya khabar anak remaja. Mereka sebenarnya ‘dahagakan’ perhatian! 

Iklan

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Ada yang suka berkongsi cerita bersama-sama, ada juga terlalu mengambil berat kalau boleh setiap kelakuan anak hendak disoal, ada yang diam-diam ambil tahu tentang anak dan ada pula yang langsung tidak ambil tahu tentang anak! Eh?

Tak dinafikan, anak-anak zaman sekarang lebih memerlukan perhatian keluarga sendiri memandangkan kehidupan mereka lebih terdedah dengan dunia luar.

Baru-baru ini seorang pakar kaunseling keluarga, Adlil Rajiah berkongsikan soalan yang sama pada tiga remaja yang berbeza tentang apa yang mereka mahu katakan pada ibu bapa mereka tetapi tidak tahu cara untuk mengungkapnya.

Jika disimpulkan, ketiga-tiga remaja ini mahukan satu perkara sahaja daripada ibu bapa mereka, iaitu perhatian. .

Mungkin dari mata kasar anak seperti tidak memerlukan perhatian ibu bapa. Namun menurut beliau, sepanjang diminta berbual dengan anak-anak di sekolah, setiap antara mereka akan beri jawapan yang sama iaitu berlaku jurang hubungan dalam keluarga.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan

Jangan ajar anak beradab dengan cara kita biadap

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya kurangkan kesibukan diri dan kembali ambil tahu tentang anak-anak. Malah, bersikap kasar dengan mereka juga bukan penyelesaian yang perlu diutamakan.

Akui salah diri sebelum hukum anak

Tambah beliau lagi, sebelum memarahi anak-anak atas kesalahan yang mereka lakukan, ibu bapa terlebih dahulu perlu akui kesalahan sendiri yang gagal memainkan peranan sebagai ibu bapa.