"AL-FATEH tunggu mommy dekat syurga ya."
Demikian ucapan terakhir Sabrina Hakiem Zaini, 39, ketika melihat anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dirawat di wad kecemasan Hospital Alor Gajah, Melaka.
Bayi berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama pada pagi Jumaat lalu.
Kisah pilu itu diceritakan kepada Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin yang menziarahi Sabrina dan suaminya Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, di kediaman mereka di Taman Kelemak Utama, Sabtu lalu.
Menurut Kalsom, bisikan terakhir itu diluahkan oleh Sabrina ketika dipanggil membacakan kalimah syahadah di wad berkenaan selepas mendapati bayi lelaki kepada pasangan suami isteri tidak dapat diselamatkan.
'Al Fateh tunggu mommy dekat syurga ya...' Luahan pilu ibu hilang bayi bikin sebak, pengasuh mengaku salah!
Iklan