Blogger Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Iklan

PENULIS blog, Raja Petra Raja Kamaruddin meninggal dunia malam tadi di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh abangnya, Raja Idris, pagi tadi, menurut portal FMT.

Iklan
Iklan

"Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa adik kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK," katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Iklan

Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK pengendali laman web Malaysia Today, yang terkenal dengan ulasan dan artikel politik Malaysia.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Raja Petra yang

Iklan

dilahirkan pada 27 September 1950 menetap di Manchester.

Biarpun jauh dari Malaysia, beliau terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik tanah air melalui platform digital.

Sumber: Astro Awani