Tragis & pilu! 2 hari tiada kelibat, isteri demensia tak sedar suami rentung di laman rumah. 'Dia ingat kepulan asap itu rumput dibakar'

Iklan

AKTIVITI memotong rumput di laman rumah bertukar tragedi yang meragut nyawa. Pemergian tragis warga emas di Jejawi, Arau, Perlis meraih simpati seluruh negara.

Iklan
Iklan

Mangsa adalah seorang pesara Telekom Malaysia berusia 75 tahun terdahulu menimbulkan tanda tanya apabila rentung di hadapan laman sebuah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai maut akibat terkena api yang menyambar pada tubuh mangsa selepas mesin rumputnya itu terbakar.

Iklan

Allahyarham Tunku Mahadzir Tunku Ahmad ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.

Jarak mayat ditemui dalam keadaan terlentang manakala jarak mesin rumput yang terbakar itu adalah sekitar dua meter sahaja.

Iklan

Salah seorang saksi iaitu kaki tangan pihak berkuasa tematan berusia 47 tahun itu menyangka jasad tersebut sebagai patung.

Namun setelah menghampiri lokasi kejadian mendapati, ia adalah mayat terbakar dan segera menghubungi polis.

DUA HARI DI LAMAN DITEMUI KEMBUNG

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata lokasi kejadian dan tubuh mangsa tidak menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah mahupun pergelutan.

Jelasnya, temu bual dengan isteri mangsa mengesahkan tidak nampak kelibat lelaki itu sejak dua hari lalu sehingga mayatnya ditemui pada Ahad.

Sementara itu, temu bual bersama adik mangsa yang juga seorang pesara guru berusia 65 tahun menyatakan bahawa kali terakhir dia bertemu abangnya itu adalah ketika menghantar makanan kepada pasangan terbabit pada petang Jumaat lalu.

Ahmad Mohsin berkata, anggaran tempoh kematian mangsa adalah sekitar dua hari bermula pada pagi Sabtu.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

ISTERI DEMENSIA SANGKA INGAT SUAMI DALAM RUMAH

Balu Allahyarham, Sharifah Puziah Syed Ali, 77, terkejut apabila dimaklumkan suaminya sudah meninggal dunia dalam kejadian itu.

Katanya, lelaki itu rajin membersihkan laman rumah dan dipercayai pada hari kejadian mangsa sedang membersihkan semak samun.

Malah, lebih memilukan Sharifah Puziah yang sedang berehat di dalam rumah tidak mendengar suara suami meminta pertolongan di samping tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk kerana menyangka arwah berada di dalam rumah.

Adik ipar Rosida Aziz, 60, pula berkata wanita mempunyai ingatan yang agak terhad kerana mengalami demensia.

Kata Rosida, wanita warga emas itu memaklumkan ada membuka pintu dan menyedari kepulan asap di luar rumah dan menyangka ia adalah dari sisa rumput yang dikumpulkan dan dibakar oleh suaminya.

Rosida memaklumkan beliau mengetahui tentang kejadian menimpa abangnya salah perkongsian seorang ahli keluarga menerusi Facebook.

Artikel berkaitan:

Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia

Kereta boleh terbakar selepas kemalangan, 5 perkara ini jadi punca

Meninggal dunia kebakaran dikira mati syahid, ini penerangan agamawan

FAKTA DEMENSIA

Di Malaysia, penyakit demensia dan Alzheimer kini menjadi masalah perubatan yang dikhuatiri dalam kalangan penduduk yang semakin berumur.

Kira-kira 8.5 peratus daripada dewasa lanjut usia di Malaysia dianggarkan mengalami demensia, iaitu meliputi lebih daripada 260,000 individu.

Lebih membimbangkan, angka tersebut dijangka meningkat dengan ketara.

Menurut data daripada Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM), bilangan penghidap demensia dijangka melonjak sebanyak 312 peratus menjelang tahun 2050, merangkumi lebih daripada 630,000 individu!

Berikut lima info ringkas demensia anda perlu tahu:

-Banyak berlaku pada individu berusia 65 tahun ke atas.

-Wanita lebih ramai mengalami demensia berbanding lelaki.

-Individu menghidap tekanan darah yang tidak terkawal, penyakit kencing manis, jantung dan paras lemak dalam darah tinggi berisiko tinggi untuk mengalaminya.

-Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson juga ramai mengalami demensia.

-Individu terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah berkemungkinan akan menghidap demensia.