Puji burger Ramly, tercekik durian, IShowSpeed cetus fenomena. Diserbu peminat sampai tutup kamera

Iklan

PERSONALITI sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.

Mesra disapa Speed, Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr mencetus fenomena dalam kalangan para peminatnya di Malaysia.

Iklan
Iklan

Berkongsi momen ketika siaran langsung di YouTube, Speed dilihat dikerumuni peminat dan menerima pelbagai hadiah.

Malah kenderaan yang dinaiki diekori pemuda berusia 19 tahun demi menyampaikan hadiah berupa sebuah robot Gundam.

Iklan

Selain robot, Speed juga menerima beberapa helai baju batik sebelum tiba di pusat membeli- belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang semalam.

Iklan

YouTuber yang memiliki 30 juta langganan itu mengalami detik mencemaskan apabila dia tercekik durian ketika memakan raja buah itu.

Tidak sekadar itu, Speed turut mencuba snek berupa keropok Super Ring, Mi Mi, dan burger tempatan, Ramly Burger.

Beliau yang pertama kali mencuba burger berkenaan mengakui ia enak sehingga sanggup membayar lebih kepada penjual berkenaan.

Paling melucukan, anak muda dari Amerika Syarikat itu turut berpeluang menunggang motosikal!

Kehadiran beliau mencetuskan fenomena dalam kalangan golongan muda.

Masakan tidak, sambutan hangat yang diterima di Malaysia membuatkan beliau memohon kepada semua peminatnya di Malaysia supaya bersabar dan bertenang.

Speed juga difahamkan telah menutup kameranya buat sementara waktu bagi tujuan keselamatan.

IShowSpeed meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.

Speed sebelum itu telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.

Beliau dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.