Terngiang-ngiang lagu ‘Ikhwan', Dr Malar kongsi tip tangani masalah 'earworm'

Iklan

Dr Malar jelaskan maksud earworm dan cara atasinya.

‘PASAR ikhwan di Putrajaya...’

Tak perlu tunggu buka media sosial, cukup sekadar orang di sekeliling anda yang tidak habis menyanyikan lagu yang tular sejak kebelakangan ini disebabkan kes Global Ikhwan yang dikaitkan dengan ajaran sesat.

Iklan
Iklan

Mungkin anda sendiri tidak berniat untuk menyanyikan lagu tersebut, tetapi disebabkan sering terdengar menjadikan lagu itu sering bermain di minda. Situasi itu disebabkan oleh masalah earworm seperti yang dijelaskan oleh doktor perubatan dan juga pempengaruh, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

"Sekarang ni ramai tau masyarakat Malaysia kena masalah earworm.

Iklan

"Earworm bermaksud satu fenomena yang mana anda semua terdengar satu lagu dan lagu itu asyik bermain-main dalam fikiran. Dalam masa sama awak tak suka pun lagu itu tetapi tidak boleh berhenti untuk ulang lagu itu dalam minda anda. Itu adalah fenomena earworm,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram miliknya.

Tambah beliau, ini merupakan tindakan tanpa sedar yang terjadi pada seseorang yang mana otak kita kadangkala mengulangi benda yang sama.

Iklan

"Kalau awak semua dah terkena masalah earworm ni tak bermasud kamu dah menjadi ahli tau, ia hanya bermaksud memanglah otak, minda kadangkala mengulangi benda yang sama tanpa kesedaran kita iaitu perbuatan tanpa sedar,” jelasnya.

Dalam pada itu, untuk mengelakkan kejadian ini terus berlaku, Dr Malar turut berkongsi cara menangani masalah ini.

"Ada beberapa cara nak menangani atau mengatasi masalah ataupun kebencian ini iaitu pertama, cuba sibukkan diri dengan aktiviti yang lain. Kedua, cuba abaikan janganlah rasa benci sangat.

"Ketika, iaitu kaedah yang paling berkesan sebenarnya adalah cuba dengar lagu lain yang anda boleh hafal lirik dan anda suka rentak dia. Dengar lagu tu kuar dan lama sikit supaya lagu baru itu pula masuk dalam minda anda dan berulang-ulang lagu baru itu.

"Saya harap tip ini boleh membantu anda supaya kita semua rakyat Malaysia sembuh daripada earworm,” jelas beliau.

Jadi, jangan lupa ya amalkan tip Dr Malar bagi ni. Naik jemu dah asyik bermain di minda lagu yang sama sahaja!