SESETENGAH ibu bapa merasakan sudah cukup mengenali anak-anak kerana mereka yang membesarkan cahaya mata sedari kecil sehingga kini meningkat remaja.
Tingkah laku anak-anak yang baik di rumah juga menjamin perangai mereka ketika berada di luar.
Namun, tidak semua begitu. Pergaulan dengan rakan sebaya sedikit sebanyak telah mengubah perangai anak-anak ini sekali gus menjadikan mereka seolah individu yang berbeza daripada yang dikenali oleh ibu bapa.
Keadaan seperti ini mengelirukan ibu bapa yang bersungguh-sungguh memenangkan anak-anak ketika mereka tertangkap melakukan kesalahan di sekolah. Itulah yang dihadapi sendiri oleh guru disiplin, Shahzalina Ghazali yang menceritakan kembali di laman Facebook miliknya.
"Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat enam bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibu bapa yang sangat defensif dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka.Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana.
"Ramai ibu bapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibu bapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. Sekurang-kurangnya, janganlah kata yang cikgu ni menipu atau saja nak kenakan anak dia.
"Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang," luah beliau.
Beliau juga menitipkan teguran supaya jangan terlalu manjakan anak sehingga boleh mengakibatkan masa depan yang buruk.
Ibu bapa jangan percaya anak-anak sepenuhnya. Depan baik, belakang keluar taring. Guru disiplin ini titip teguran!
Iklan