TANPA diduga, rakaman aksi menebar roti canai seorang gadis yang dimuat naik di TikTok membuatkan Nor Syazwani Ab Ghani tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan terhadap menu sarapan pagi itu
Menurut gadis berusia 19 tahun itu, jualan roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2, Kuantan, mencecah dua kali ganda berbanding sebelumnya.
Kini Nor Syazwani tidak menang tangan menyediakan menu sarapan pagi itu.
Anak keenam daripada lapan beradik itu mengakui ia disebabkan kuasa tular daripada pengguna laman sosial selepas videonya dikongsi oleh warga maya.
"Pada awal kami buat hanya 10 kilogram (kg) tepung sahaja. Selepas video saya muncul viral, kami mendapat sambutan mengejut.
"Ada yang datang daripada Facebook dan TikTok. Pelanggan-pelanggan dari luar kawasan pun ada juga. Kini kami meningkatkan pengeluaran kepada 30kg," katanya.
Gadis cantik tebar roti canai tular, Nor Syazwani tak menang tangan. 1,000 keping sold out sehari!
Iklan