Isi barang dalam guni daftar universiti, pelajar cemerlang buat warganet menitis air mata. 'Fly high, stand tall Rafida'

Iklan

KESUNGGUHANNYA membuatkan ramai menitiskan air mata. Tanpa bagasi, pelajar perempuan Rafida Zaiddin tidak peduli mahupun malu menggunakan karung guni bagi mengisi barangan asramanya membuatkan kisahnya tular di laman sosial.

Gadis dari Sandakan, Sabah itu cukup menyentuh hati warganet selepas foto 'guni' berkenaan beredar di laman sosial.

Iklan
Iklan

Masing-masing tersentuh dengan kegigihan bekas penuntut cemerlang Matrikulasi Labuan untuk menyambung pelajaran ke menara gading dengan menggunakan apa sahaja yang ada.

Kisah viral itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Iklan

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook rasminya hari memaklumkan, beliau menghubungi remaja berkenaan Rafida Zaiddin dan telah menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.

Iklan

"Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti," katanya.

Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Cikgu Rahman dan rakannya, pensyarah UMS Dr Abdullah Bade, Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

"Fly high, stand tall Rafida. Insya-ALLAH Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!," katanya.

Selain itu, pelajar cemerlang tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Katanya, situasi itu menunjukkan kecekalan dan kuatnya semangat Rafida untuk menyambung pengajian walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Serentak itu beliau mengarahkan pengurusan UMS dan UiTM Sabah untuk segera mengenal pasti pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.

Katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan kebajikan pelajar terjaga sepanjang pengajian mereka.

Warga maya rata-rata tersentuh dengan kesungguhan Rafida dan mendoakan kejayaannya pada masa hadapan.

"Menitis air mata tengok, bersungguh-sungguh demi ilmu.Moga ALLAH membalas kebaikan yang menolong dan harap Rafida terus cemerlang."

Artikel berkaitan

'Semoga peroleh segulung ijazah.' Abdul Rahman hilang 6 sekeluarga dalam kemalangan kini bergelar siswa buat netizen sebak

Sebak! Pemuda tak pernah sampai Pulau Pinang, beg pula tertukar di stesen bas. Kecekalan sambung belajar runtun hati warganet

"Apabila anak ini ikhlas untuk belajar, dia tak kisah apa yang mengisi barang keperluan. Walaupun karung guni. Tentunya miliki didikan terpuji daripada ibu ayah."

"Tabah dan hebatnya kegigihan beliau, tidak malu demi ilmu. Tidak meminta melebihi kemampuan keluarga. Kisah yang memberikan inspirasi!"

"Selalunya mereka yang ditempa dengan kesusahan akan berjaya pada masa depan. All the best dik!"

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek, Datuk Mustapha Sakmud