Simpan barang lama dengan alasan sayang nak buang. Awas! Tabiat ini beri kesan kepada kesihatan mental

Iklan

Memetik perkongsian dari Public Health Malaysia, terdapat beberapa kesan psikologi menyimpan barang lama di rumah ini.

SESETENGAH orang mungkin jenis tidak kisah untuk membuang barangan yang bagi mereka tiada fungsinya lagi atau sudah tidak beri manfaat untuk mereka.

Iklan
Iklan

Namun tidak pula bagi individu lain yang merasakan bernilainya sesuatu barangan itu sehingga menimbulkan perasaan sayang untuk dibuang.

Disebabkan sikap seperti itulah semakin bertambah koleksi barangan di rumah sehingga tidak boleh dibezakan yang mana masih elok atau tidak untuk digunakan.

Iklan

Tahukah anda, tabiat tersebut sebenarnya mengundang kepada kesihatan mental? Memetik perkongsian dari Public Health Malaysia, terdapat beberapa kesan psikologi menyimpan barang lama di rumah ini.

Antara kesan psikologi menyimpan barang lama termasuklah:-

Iklan

1. Rasa beban emosi

Barang yang tak digunakan hanya memenuhi ruang dan membuatkan anda rasa ‘terperangkap’ dengan masa lalu.

2. Sukar melepaskan

Menyimpan barang boleh menghalang anda daripada melepaskan memori lama, yang mungkin melambatkan proses untuk terus maju ke hadapan.

3. Procrastination

Lebih banyak barang, lebih sukar nak buat keputusan apa yang perlu disimpan atau dibuang. Ini menyebabkan kita selalu menunda keputusan yang penting.

Oleh itu, penting untuk anda menangani masalah ini dan mula untuk membuang barangan lama supaya ruang di sekeliling anda lebih lapang dan terurus dari dibebani barangan yang tidak digunakan.

Sama juga perasaan anda yang akan menjadi lebih bahagia dan bebas dari kenangan lama yang mungkin sebelum ini memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian.

Antara tip yang boleh anda amalkan untuk menangani masalah ini seperti:

- Lakukan decluttering secara berkala untuk mencipta ruang yang lebih lapang, fizikal dan mental.

- Fokus pada barang yang benar-benar penting dan berguna dalam kehidupan seharian.

- Melepaskan barang yang tak diperlukan bukanlah satu kerugian, tapi satu langkah penting untuk membina keseimbangan emosi.

- Berani lepaskan, dan lihat bagaimana ruang baru boleh membawa ketenangan kepada hidup anda