'Calon isteri batal last minute.' Ibu sebak umum majlis kahwin anak lelaki diteruskan tanpa pengantin perempuan

Iklan

HASRAT pengantin lelaki untuk melangsungkan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila calon isteri menarik diri pada saat-saat akhir.

Tular di media sosial, ibu kepada pengantin lelaki mengumumkan bahawa majlis perkahwinan anak bujangnya tidak dihadiri oleh pengantin perempuan.

Iklan
Iklan

Dengan berat hati, ibu pengantin memaklumkan pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan pada saat akhir iaitu beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

"Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya," kongsinya.

Iklan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak membatalkan majlis kerana jemputan telah pun dibuat.

Malah, ibu menyifatkan bahawa beliau dan keluarga tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab pertanyaan para jemputan jika mengetahui majlis anaknya dibatalkan.

Iklan

"Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan.

"Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ini memandangkan persiapan telah dibuat dan pada masa sama, saya perlu memberitahu sendiri dalam majlis ini nanti," ujarnya.

Malah, pihak keluarganya memilih untuk mengadakan majlis doa selamat bagi menggantikan majlis resepsi pada hari tersebut.

"Saya dan keluarga telah mengadakan majlis doa selamat pagi tadi diketuai oleh ustaz dan anak-anak maahad tahfiz," kata beliau lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat jejaka tersebut.

"Ya Allah. Semoga kau beri jodoh yg terbaik dan rezeki yang deras untuk saudara ini. Semoga ada hikmah dengan apa yang terjadi kepada dirinya.

"Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi buat awak dan keluarga dik.

"Percayalah Allah sedang menjauhkan orang yang mungkin tak sesuai untuk hidup awak. Insyaallah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik.

Warganet turut mencadangkan Adam untuk menuntut kos kerugian yang ditanggung keluarga pihak lelaki.

"Kalau begini boleh saman dan tuntut ganti rugi..tak silap ada akta kalau kes begini tapi apa-apa boleh tanya pihak yang berkenaan.

"Kalau aku terus saman 100 kali ganda, geramnya ini mesti ada yang menghasut pengantin perempuan.