Kasih sayang abang sanggup naik motor hantar adik dari Melaka ke UUM, kegigihan pemuda ini runtun hati warganet

Iklan

PENGORBANAN dan kegigihan seorang pemuda menarik perhatian ramai apabila sanggup menaiki motosikal dari Sungai Udang, Melaka ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia, penuntut yang dikenali sebagai Ee Tai Zhi merupakan antara 4,195 pelajar UUM mendaftar pada pagi ini.

Iklan
Iklan

Namun perjalanan dilalui tidak mudah. Tai Zhi dan abangnya telah menempuh perjalanan selama dua hari sebelum sampai ke Sintok.

Ketibaan Tai Zhi dan abangnya seorang penjual buah-buahan yang berusia 27 tahun yang merupakan tiba di Bangunan Canselori, mereka telah disambut oleh pihak pentabiran universiti iaitu Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Iklan

Menurut hantaran itu lagi, Ee Tai Zhi bakal mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti berjanji untuk memberi fokus apabila kuliah bermula.

"Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.

Iklan

"Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman," kata pelajar tersebut.

Warganet yang terharu dengan pengorbanan si abang menitipkan kata-kata semangat buat Tai Zhi.

Ujar mereka:

"Dik, jangan lupa budi abang. Moga selamat sampai pulang ke Melaka, hati-hati."

"Kasih sayang seorang abang kepada adik."

"All the best... hebat pergorbanan abang kamu."

"Jauhnya! Pengorbanan seorang abang untuk masa depan adiknya."

Memetik Astro Awani, UUM menerima kemasukan 4,195 pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof Datuk Mohd Foad Sakdan, 4,061 pelajar terbabit merupakan pelajar tempatan lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sehingga 1 Oktober 2024, jumlah mahasiswa UUM adalah 30,149 pelajar iaitu 24,671 bagi pengajian Sarjana Muda dan 5,478 untuk pengajian pascasiswazah.