Nora Danish ajak peminat hafal surah Al-Mulk bersama raih pujian, siap baca untuk semakan!

Iklan

Nora Danish mengajak peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam al-Quran iaitu surah al-Mulk.

HIDAYAH itu milik ALLAH.

Penghijrahan pelakon jelita, Nora Danish sememangnya membawa perubahan besar dalam hidupnya.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif ada memuat naik video yang mengajak peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam al-Quran iaitu surah al-Mulk.

Akui ibu kepada seorang cahaya mata itu, beliau masih dalam proses pembelajaran dan baharu sahaja menghafal ayat satu hingga lima surah berkenaan.

Iklan

"Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”

"Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama?" ujar beliau.

Iklan

Dalam pada itu, Nora juga turut membacakan surah al-Mulk yang sudah dihafalnya sehingga ayat ke lima dan meminta orang ramai untuk menyemaknya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal dengan watak Puteri itu yang mengajak orang ramai turut serta menghafal surah berkenaan.

Di samping itu, ada juga yang berkongsi tip mudah untuk menghafal surah yang dikategorikan sebagai Surah Munjiat (Penyelamat).

"Cara saya supaya mudah hafal surah Al Mulk, Al Kahfi & Al waqiah, sy ulang2 bukak surah ni setiap hari sambil ikut baca. Alhamdullillah lama2 jd hafal.."

"paling senang nak hafal kena ada irama. dengar sheik abd kareem al makki jiharkah surah al mulk. ulang hari² lepas isyak. InshaAllah sebulan dah hafal."

Surah Al-Mulk terletak dalam al-Quran pada Juz 29. Antara kelebihan membaca surah ini ialah:

1. Surah ini dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْأن، ثَلَاثُوْنَ اَيَةً؛ تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ: تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ اْلمُلْكُ

"Ada surah dari Al-Qur’an yang terdiri dari 30 ayat. Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga ia diampuni dosanya, iaitu surah تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ اْلمُلْكُ (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ

"Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ (Hadis Riwayat Thabrani)

3. Surah ini menjadi penghalang bagi pembacanya daripada terkena azab kubur. Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ تَبَارَكَ الذِّيْ بِيَدِهِ المُلْكُ كُلَّ لَيْلَةٍ مَنَعَهُ اللهُ بِهَا مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَكُنَّا فِيْ عَهْدِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه و سلم نُسَمِّيْهَا اْلمَانِعَةَ وَإِنَّهاَ فِيْ كِتَابِ اللهُ سُوْرَةٌ مَنْ قَرَأَ بِهَا فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ فَقَدْ أَكْثَرَ وَأَطَابَ

"Barangsiapa membaca surah تَبَارَكَ الذِّيْ بِيَدِهِ المُلْكُ setiap malam, maka Allah menghalangnya, sebab surah tersebut, dari seksa kubur, dan dahulu kami di zaman Rasulullah Saw. menamainya dengan Al-Mani’ah (penghalang). Sungguh surah tersebut bahagian dari kitabullah, barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan.” (Hadis Riwayat Nasa'i)

4. Surah al-Mulk adalah diantara Surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika hendak masuk tidur. Daripada Jabir beliau berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

"Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitulah antara kelebihan-kelebihan membaca Surah al-Mulk dan semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita mempelajari, mentadabbur dan mengamalkan Surah ini dalam seluruh kehidupan kita.