TAHNIAH buat keluarga Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein usai kejayaan anak bongsunya, Fahd Hussein Hishammuddin, 27, yang kini bergelar peguam.
Menerusi Instagram, Ahli Parlimen Sembrong itu berkongsi foto anaknya itu selepas selesai Majlis Call to the Bar.
Bekas Menteri Belia dan Suka, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan itu sempat memuat naik momen bermakna itu di laman sosial bagi meraikan Fahd.
Katanya, sebagai seorang bapa dan peguam, kejayaan diraih Fahd cukup membanggakan mereka sekeluarga.
"Saya amat berbangga kerana Fahd selesai Call to the Bar! Sebagai seorang bapa dan rakan peguam, detik ini sangat bermakna.
"Kerja keras dan dedikasi telah membawamu ke tahap ini dan kami semua sangat berbangga.
"Perjalanan ini milik kamu sekarang tetapi ketahuilah bahawa Dad bersamamu dalam setiap langkah!" kongsinya.
Hishammudin yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.
Beliau yang berkelulusan Ijazah Undang-Undang, Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom (UK) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersil dan Korporat di The London School of Economics and Political Science, UK memiliki firma guaman sendiri iaitu Lee Hishammuddin Allen and Gledhill.
Selain Fahd, Hishammuddin memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, 35, Faris Hussien, 32, dan Kyra Arianna, 29, yang merupakan hasil perkongsian hidup bersama kerabat diraja Pahang, Datuk Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.