'Tiada lagi anak lelaki dalam keluarga..,’ Bapa mangsa nahas UiTM Dungun terkenang kali terakhir jumpa arwah Khairil Anwar

Iklan

TRAGEDI kemalangan yang meragut tiga nyawa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun masih lagi mengundang kesedihan.

Terbaharu, perkongsian Jamaludin Hussin yang memberitahu, tiada anak lelaki dalam keluarga selepas anaknya, Allahyarham Khairil Anwar meninggal dunia selepas di rempuh pemandu wanita dalam insiden menyayat hati itu.

Iklan
Iklan

Kejadian tersebut ibarat satu tamparan hebat buat beliau dan keluarga, sementelah anak sulungnya sebelum itu turut meninggal dunia akibat kemalangan pada bulan yang sama tujuh tahun lalu.

Meskipun peristiwa itu sudah lama berlaku, ia seolah-olah mengembalikan memori duka apabila anak lelaki kedua pula dijemput ilahi dalam cara yang sama.

Iklan

Pastinya, tarikh 6 Oktober 2024 menjadi momen yang cukup bermakna buat Jamaludin dan isterinya kerana itulah kali terakhir mereka bertemu arwah apabila menghantarnya untuk memulakan semester baharu.

Sebagai info, jenazah Khairil Anwar dijangka tiba di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan kira-kira jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.

Iklan

Dalam pada itu, lebih seribu warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun termasuk ahli keluarga mangsa bersama-sama menunaikan solat jenazah sebelum membawa tiga pelajar berkenaan untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.