'Selamat tinggal dudaku.' Enggan rujuk semula, Cik Epal pilih angkat kaki. Sempat kongsi ciri bakal suami kelak

Iklan

Cik Epal mengakui takkan rujuk semula dengan suaminya Jofliam.

SEDIH, kan bila mengenangkan perkahwinan yang dibina 10 tahun terlerai begitu sahaja.

Malah, pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mengakui takkan rujuk semula dengan suaminya Jofliam.

Iklan
Iklan

Pengakuan itu dibuat menerusi satu hantaran di Instagram story miliknya yang mengatakan beliau nak kahwin dengan orang lain yang lebih menghargai dirinya sebagai seorang isteri sekiranya dikurniakan jodoh.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas menjawab soalan daripada pengikutnya yang menghantar kiriman mesej di laman sosial yang sama.

Iklan

Bukan hanya itu, Ibu kepada dua cahaya mata berkenaan sempat bersetuju dengan ciri-ciri yang dinyatakan oleh pengikutnya itu tentang bakal suaminya kelak iaitu dikurniakan lelaki yang lebih matang, tidak kuat meroyan dan drama.

"Tak nak rujuk. Aku nak kahwin lain kalau ada jodoh lain. Kalau ada lelaki yang boleh hargai saya sebaiknya sebagai isteri. Saya onz.

Iklan

"Memang ciri-ciri ini yang saya harapkan untuk bakal suami kelak. Hati saya dah mati untuk duda saya. Saya nak move on," balas Cik Epal.

Dalam pada itu, Cik Epal juga mengakui dirinya baik-baik sahaja sebelum bekas suaminya itu berangkat ke Milan. Namun, semasa keberadaan lelaki itu di sana membuatkan dirinya nekad untuk tidak berpatah balik pada Jofliam.

"Cuma dengan semua benda yang jadi dekat Milan tu saya rasa memang kena angkat kaki. Hati saya terus mati untuk rujuk dia balik. Jadi saya rasa memang tak boleh nak get back. Saya yakin dia akan jumpa perempuan sempurna yang dia nak selama ni. Saya tak sempurna dan banyak kekurangan. Saya hanya ikut flow sahaja. Saya nak perbaiki diri.

"Hal jodoh saya serah kepada Allah. Kalau ada, ada. Kalau tiada, tiada. Saya hidup sorang pun okay sampai bila-bila. Jaga Han dan Yuki je

"The moment dia boleh membenarkan ada perempuan lain dalam hati dia. Protect perempuan lain melebihi aku sebagai isteri dia, so aku tahu aku tempat aku di hati dia dah jauh.

"Pada mulanya, itu hanya ujian aku untuk dia saja. Aku tahu value diri aku. Tak berbaloi untuk aku teruskan. Aku boleh jadi mama Han dan Yuki tapi still duda aku selamanya," tambah Cik Epal.

Tambah Cik Epal, itu kali terakhir dia bercerita tentang rumah tangganya terdahulu kerana terlalu lama pendam rasa. Hari ini menjadi hari baru untuknya bangkit menjadi dirinya yang baru. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.