ZAMAN sekarang isteri dah tak boleh dipercayai ke ?
Walaupun empat hari dah berlalu, netizen masih lagi bercerita mengenai kes perceraian pasangan selebriti sensasi baru-baru ini.
Bekas isteri tanpa segan silu dedahkan suami tak beri nafkah. Sampaikan mendakwa empat tahun tak merasa duit raya dari suami.
Tetapi suami pula berkata sebaliknya. Penat warga maya nak mengulas isu keretakan rumah tangga pasangan selebriti Malaysia ini.
Ketika ini jugalah, perkongsian ceramah penceramah bebas, Syamsul Debat tahun lalu kembali viral.
Beliau sempat berseloroh mencadangan para suami untuk membayar nafkah keluarga secara atas talian. Atas alasan sebagai bukti sekiranya berlaku pergaduhan.
"Nasihat saya kepada orang lelaki, jangan bagi di tangan nafkah isteri. Transfer online biar ada bukti. Bila bergaduh, orang perempuan memang lupa. Lebih bagus kalau print penyata akaun sekali. Bila dia mengadu di mahkamah kita ada bukti,” jelasnya.
Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail sangat popular dengan penyampaiannya yang santai.
Tambah beliau lagi, pemberian nafkah bergantung kepada kemampuan pasangan. Bukan untuk bermewah semata-mata.
"Hakim tak pernah cakap mesti bagi mewah, hakim suruh suami bagi ikut kemampuan," ujarnya.
Walaupun dengan jumlah yang sedikit, beliau menasihatkan agar para isteri redha dengan rezeki sambil mendoakan suami mendapat rezeki agar dapat membawa pulang duit yang lebih banyak.
"Bila isteri reda atas kesusahan suami walaupun bagi sedikit, terima. InsyaAllah, akan dimurahkan rezeki. Bila isteri ambil ringan, mempertikai, memperlecehkan, tiba-tiba datang orang ketiga yang sanggup bersusah payah dengan suami.
Berharap kepada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sentiasa sabar dan dapat mengharungi liku-liku kehidupan berkeluarga.