MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Jika ibu bapa di luar sana mahu anak-anak membesar menjadi seorang yang rajin dan bertanggungjawab, perkara utama yang boleh dilakukan adalah mendedahkan mereka dengan kerja rumah sejak dari kecil.
Tidaklah sampai menguruskan satu rumah, cukup sekadar kemaskan katil sendiri selepas bangun tidur, letakkan baju kotor di bakul selepas guna dan basuh pinggan sendiri selepas makan.
Namun, dalam proses mereka menguasai kemahiran ini, pasti akan ada cacat celanya. Bila terjadinya situasi ini, mula la mak-mak mula nak 'naik hantu' bila tengok pekerjaan yang dilakukan oleh anaknya itu tidak sesempurna yang diharapkan.
Itulah yang dirasai oleh Puan Wawa Syauqi ketika melihat terdapat sisa-sisa nasi di sinki selepas anaknya membasuh pinggan. Namun, kemarahannya itu kembali reda setelah si suami menyedarkan anak mereka masih dalam proses pembelajaran dan khuatir akan memusnahkan semangat mereka untuk terus berbuat baik.
Tambahnya, beri peluang kepada anak-anak untuk berbuat silap, bila ada masa sesuai cuba menegur mereka untuk lakukan dengan lebih baik pada masa akan datang. Bukan terus menegur salah mereka dengan sewenangnya. Dalam pada itu, cubalah beri pujian kepada anak sebagai tanda menghargai usaha mereka kerana membantu meringankan beban kita di rumah.
Jadi ibu di luar sana jangan cepat melatah ye. Jangan pula perli anak-anak, cukup sekadar beri teguran yang baik supaya mereka boleh terima dengan mudah dan tidak mengulanginya kemudian hari.
Buat baik tak puji, bila salah terus marah! Mak ayah elak buat begini pada anak-anak
Iklan