WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan.
Apatah lagi, premis yang menyajikan menu pencuci mulut memang viral dan semuanya homemade.
Jika kalian bercuti ke Johor, apa kata singgah ke Pontian untuk menikmati desserts Aiskrim Dulang Pikapi yang terletak di Kampung Serkat.
Boleh dikatakan premis berkenaan adalah yang pertama di Johor yang menyajikan pencuci mulut dengan konsep dulang.
Nah! Bukan satu tapi banyak jenis aiskrim yang boleh kalian pilih Party Set untuk penuhkan satu tray yang boleh dikongsikan dua hingga 10 orang.
Kiranya boleh anjurkan partilah dengan anak-anak sebab setiap aiskrim boleh kalian custom sendiri sama ada nak topping manisan atau buah-buahan.
Antara topping yang akan kalian dapat seperti sprinkle, coklat M&M, coklat Herseys, biscoff lotus, marsmellow, corn flakes dan banyak lagi.
Pilihan buah pula seperti strawberi, anggur dan blueberry. Harga bermula RM21.90 hingga RM65.90 jer.
Jangan risau bab perisa kerana anda boleh pilih sebanyak empat flavour kegemaran. Jadi, tak gaduhlah anak-anak nanti.
Bukan setakat Party Set jer, kalian boleh booking untuk Gossip Set dan Healing Set untuk bersantai dengan bestie.
Apa menarik lagi? Banyak pilihan ala carte yang ditawarkan. Antaranya aneka aiskrim soft premium.
Perisa yang dikatakan laku keras seperti Aiskrim Premium Lotus Premium, Mountain Ice Cream Pikapi dan Aiskrim Pikapi Boba.
Jadi, apa tunggu lagi? Bolehlah bawa anak-anak healing makan aiskrim buatan lokal jika bercuti ke Pontian.
Baca juga Rupa-rupanya banyak destinasi menarik di Pontian, Johor untuk dilawati. Ini 5 lokasi wajib pergi
Eh! Pontian pun ada banyak tempat menarik untuk berlibur. Paling penting, pilihan lokasi tersebut mesti di bawah bajet supaya dapat berseronok puas-puas.
Okay! Selamat menjamu selera.
AISKRIM DULANG PIKAPI
Alamat: No.198, Jalan Parit Penghulu, Kampung Serkat, Pontian, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang (Isnin cuti)
Menu signatur: Aiskrim Premium Lotus Premium
Facebook: Aiskrim Dulang Pikapi
Instagram: @aiskrimdulangpikapi_
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee