MESTI anda pernah berhadapan situasi mata tiba-tiba berkedip dengan sendirinya.
Orang dahulu selalu cakap, kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk atau akan menangis. Jika mata kanan yang bergerak, itu bermaksud ada berita baik yang bakal didengar atau mungkin juga akan bertemu orang jauh.
Namun, sebagai orang Muslim, kita ditegah untuk mempercayai perkara karut sebegitu, bimbang ia boleh membawa kepada syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa.
Sebenarnya situasi itu dalam perubatan dipanggil ‘Myokymia’ atau dalam bahasa Melayunya diterjemah sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak. Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.
Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, masalah itu bukanlah penyakit mata yang serius. Biarpun ia akan menguit berulang kali dan menyebabkan diri tidak selesa, ia adalah tindak balas pergerakkan otot yang tidak dapat dikawal.
"Lazimnya ia terjadi pada bahagian kelopak mata atas tetapi ia boleh juga berlaku terhadap kelopak mata yang bawah. Namun rasanya tidak memedihkan atau memeritkan, cuma sedikit mengganggu. Pergerakan otot tersebut akan berlaku dalam masa sekitar beberapa saat hingga dua minit.
"Orang tua-tua ada cakap, kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan akan menangis manakala, kalau mata kanan yang bergerak, itu bermaksud ada berita baik yang bakal didengar atau mungkin juga akan bertemu orang jauh.
"Walau bagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim sangat ditegah untuk mempercayai perkara karut kerana takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa," katanya.
Dalam pada itu, Dr Zubaidi turut berkongsi punca-punca terjadinya mata berkedip ini, antaranya :-
1. Stres
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata.
Mata berkedip tanda tak baik, itu mitos yang boleh undang syirik. Doktor ini jelaskan punca sebenar
Iklan