JODOH pertemuan dan ajal maut di tangan tuhan. Siapa sangka perancangan untuk bercuti panjang hujung minggu lalu menjadi berita duka buat keluarga Allahyarham Muhammad Kamaruzzaman Zamahari.
Detik12 Oktober yang lalu pastinya meninggalkan memori hitam buat keluarga Muhammad Kamaruzzaman apabila anggota tentera berpangkat prebet itu maut dalam kemalangan jalan raya di Muar, Johor.
Kisah anak bongsu itu mendapat perhatian ramai apabila arwah sempat meninggalkan nota ringkas berbunyi"malaikat memanggilmu". Bahkan, nota tersebut ditulis tangan pada satu botol kosong.
Kakak Allahyarham iaitu Naazamm yang melihat sendiri barangan tinggalan arwah itu mengakui adiknya itu seolah-olah sudah mengetahui umurnya tidak panjang.
Tulisan terakhir Arwah sebelum lapor cuti weekend 3hari"Malaikat memangil mu".Allahuakbar.Macam tau dia nak pergi.dia tinggalkan tulisan tu kat bilik.
Sebelum meninggal dunia, arwah juga sempat mengirimkan gambar semasa menjalani latihan ketenteraan sekaligus menjadi gambar terakhir buat keluarga tersayang.
"Gambar terakhir dia semasa latihan.Hensem muka kau dikk. ALLAH sayang kau.ALLAH pinjamkan kau dengan kamek orang hanya 20 tahun.
Arwah yang sebelum itu merancang untuk pulang ke rumah keluarganya pada bulan Oktober, nyata hasrat itu menjadi kenyataan namun kepulangannya kali ini untuk selama-lamanya.
"Kau janji nak balik bulan 10 adalah nyata sayang. Tapi kepulangan kau beri kesan dengan kami semua. Tak mampu berkata apa-apa apabila kau pulang tanpa gelak tawa dengan kami semua dirumah.
"Semoga tenang di alam abadi. ALLAH lebih sayang kau. Semoga ditempatkan dengan orang beriman.