5 tahun menanti, hanya dengan sebelah tiub Fallopio, Fila Amir hamil hasil rawatan IVF

Iklan

ALHAMDULILLAH, tahniah diucapkan buat pempengaruh dan YouTuber Fila Amir atas kehamilannya dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Syukur! Rezeki buat beliau dan suami untuk menimang zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan jua selepas beberapa kali melakukan rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam tempoh lima tahun.

Iklan
Iklan

Memuat naik video bersama suaminya, Muhammad Adama Camara, influencer kelahiran Kubang Pasu, Kedah itu berkongsi momen menerima keputusan daripada pihak doktor selepas beberapa kali mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.

"Bismillah. Berdebar-debar. Hari yang kami tunggu-tunggu, excited dan nervous.

Iklan

"Dalam hati yakin insya-ALLAH, ALLAH makbulkan doa kami kali ni. Nak seronok tapi dalam masa yang sama, masih ada ‘trauma’ dari kegagalan yang lepas.

"Takut tapi excited nak dengar apa yang keluar daripada mulut doktor. Habis segala doa dibaca. Tapi kami bertawakal kepada ALLAH dengan segala apa pun,” ujarnya.

Iklan

Menerusi video yang dimuat naik, pemilik nama Nurafilah Amir Rusdi dan suami begitu gembira dan sebak apabila doktor memaklumkan keputusan IVF positif dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, para follower menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

Terdahulu, Fila pernah beberapa kali melakukan rawatan kesuburan untuk hamil.

Hasil rawatan bersama pakar, Fila telah menjalani pembedahan membuang sebelah tiub Fallopio pada 15 April 2022.

Lebih memilukan, Fila pernah dilemparkan dengan kata-kata kurang enak gara-gara kononnya enggan hamil kerana ingin menjaga badan.

Sekadar info, Fila dan Adama mendirikan rumah tangga pada April 2019.

Mereka hanya berkenalan selama empat bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin. Pasangan ini juga terlibat dalam kerja-kerja kebajikan di Conakry, Guinea.

Sumber: Instagram