Selesa tidak bertudung sebab nak jadi diri sendiri, ini respond PU Riz. 'Malu lah kita dengan dosa...'

Iklan

Pu Riz menyuarakan pendapat tentang isu aurat.

MENUTUP aurat itu kewajipan umat Islam, namun ada sahaja alasan segelintir yang enggan berbuat demikian.

Konon nak jadi diri sendiri lah, dosa masing-masing lah dan macam-macam lagi.

Iklan
Iklan

Perkara itu mendapat reaksi pendakwah bebas dan selebriti Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, beliau yang mengakui jarang mengulas tentang isu aurat terpanggil untuk menyuarakan pendapat disebabkan menganggap kenyataan invididu itu melampau.

Iklan

"Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut 'lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya'.

Iklan

"Kita manusia tak lari dari kesilapan, tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.

"Malulah kita dengan dosa, sebab yang buat dosa pahala ini bukan pak saudara kita, tetapi Allah yang menetapkannya," ujar suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa di instagram miliknya.

Dalam pada itu, Pu Riz sempat menambah bahawa semua manusia tidak sempurna, namun jangan sampai melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

"Kita semua ni pun buat dosa tapi.. Jangan sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.

"Belajar jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja. Kalau rasa perasan dan hati jadi sandaran semata-mata.. memang akan binasa hidup ini.

"Syariat Tuhan hadir bagi membimbing manusia," ujarnya.

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka yang masih belum menutup aurat. Sama juga dengan kita, muhasabah diri untuk menutup diri lebih sempurna dari sebelumnya.