TAK ramai yang masih boleh membaca tulisan Jawi, apatah lagi menulisnya kan? Kalau ada pun, mesti sangat 'rare'.
Tapi kehebatan guru asal Sabah yang mengajar tulisan Melayu tradisional itu buat ramai rasa kagum.
Cikgu Lorenica Frenila Masundim atau Loren yang berkongsi videonya di Facebook ketika mengajar Jawi di sekolah jadi viral sampai lebih 1.2 juta tontonan!
Penulis tertarik dengan kebolehannya yang tak semua orang bukan Melayu menguasai.
Mengaku jarang mengajar Jawi, kata Cikgu Loren tulisan itu ada dalam kurikulum Bahasa Malaysia untuk murid tahun empat hingga enam sejak 2020 yang bertujuan membiasakan genersi muda dengan seni, warisan dan sejarah budaya Melayu.
Oleh sebab hanya sekali setahun, beliau mengabadikannya dalam bentuk video.
"Saya rakamkan video itu sebagai kenang-kenangan.
"Setelah tamat pelajaran Jawi tahun ini, saya akan menyambung semula tahun depan," katanya.
Mengajar di Sekolah Kebangsaan Bawang K9, Beluran, Sabah, Cikgu Loren memaklumkan tulisan Jawi dalam kurikulum Bahasa Malaysia untuk murid tahun empat hingga enam sejak 2020 yang bertujuan membiasakan mereka dengan seni, warisan dan sejarah budaya Melayu.
Setakat artikel ini ditulis, video Cikgu Loren telah menerima lebih 23,000 likes dan 1,800 komen warganet dan rata-ratanya memuji usahanya termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Ujar mereka:
'Saya salute cikgu sebab sanggup mengajar Jawi. Semoga urusan ckgu sentiasa dipermudahkan."
"Ini baru betul pendidik. Tahniah cikgu sebab faham apa makna pengajar."
"Terbaik Cikgu. Saya ada sepupu Kristian. Bukan sahaja Jawi, Bahasa Arab pun pandai sikit-sikit, tetapi dia lagi pandai daripada saya."
"I'm proud of you Fren. Thanks for the inspiration."
Sumber: Loren Fren