'ALLAH, mak dia mana?' Padah live anak batuk sampai semput undang kemarahan ramai, JKM ambil hak penjagaan

Iklan

'ALLAH, mak dia mana?'

Tak sanggup lihat bayi bernama Faris yang batuk teruk semasa sesi live ibunya, Alya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Video sesi live yang dimuat naik semula warga maya itu mengundang kerisauan dan kemarahan orang ramai tentang tahap kesihatan bayi kecil itu yang jelas diabaikan.

"Penting sangatkah live? Apa salahnya beri 100 peratus perhatian kepada anakmu, berkorban dulu seminggu demikesihatannya," kongsi warganet.

Iklan

Rata-rata berkata bayi itu sepatutnya dibawa mendapatkan rawatan dan bukannya membuat live demi meraih simpati.

Iklan

ALAMI JANGKITAN PARU-PARU - PAKAR PEDIATRIK

Malah seorang pakar pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin turut simpati dengan nasib si kecil itu.

"Saya memang mengecam tindakan ibu ini yang buat live masa anak dia tengah batuk teruk dan semput.

"Maaflah, saya kena komen juga sebab ini tentang nyawa bayi. Batuk seperti ini akan membuatkan anak itu mati serta merta di situ juga kerana bila lihat pada akhir budak itu batuk, dia telah menarik nafas yang panjang.

Tambahnya lagi, kes ini mungkin terjadi kerana kanak-kanak itu mengalami jangkitan paru-paru dan tidak ibu sepatutnya si ibu membiarkan si kecil berada dalam sesi live kerana ia boleh membahayakan nyawa.

Menerusi ruangan kapsyen, Dr Hairin turut menegur sikap ibu bapa yang ingin paparkan semua perkara di TikTok hingga hilang rasa tanggungjawab untuk selamatkan nyawa anak sendiri.

Menurut seorang netizen, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menghubungi wanita itu ketika dia membuat sesi live namun panggilan dimatikan secara tiba-tiba.

Malah pakar kanak-kanak itu sendiri ada melaporkan hal itu di Talian Kasih, namun ia dikatakan di luar kuasa badan berkenaan. Dia mengesyorkan agar netizen membuat laporan polis terlebih dahulu dan selepas kes disiasat barulah pihak JKM boleh membuat penilaian.

DALAM JAGAAN SEMENTARA JKM

Gambar hiasan

Tindakan warganet melaporkan nasib bayi di Sabah itu akhirnya membuahkan hasil.

Lega rasanya bila dapat tahu Faris dikatakan sudah selamat di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat malam tadi.

Si kecil itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Namun, nenek bayi itu sedih dan kesal dengan tindakan Alya dan menyatakan kesanggupan menjaga bayi itu dan memohon hak penjagaan.

"Saya menangis tadi bayi Paris kena ambil. Sudah pernah aku nasihat dia.

Alya dalam sesi live memaklumkan Faris telah dibawa mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan.

Difahamkan, sebelum itu warganet telah membuat laporan berhubung wanita itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sehingga ke saat ini, live wanita itu terus mendapat sambutan warganet dan menerima pelbagai gift.