'Dulu sorok-sorok, takkan kali ni pun sama...' Datuk Red mohon doa, ingin tunai hasrat Adira adakan majlis

Iklan

Memilih jalan untuk berpisah, namun masih menjalankan hubungan yang baik. Bunyinya macam pelik, kan?

Memilih jalan untuk berpisah, namun masih menjalankan hubungan yang baik. Bunyinya macam pelik, kan?

Bukan itu sahaja, selepas beberapa bulan, keluar pula cerita mereka bakal berkahwin semula.

Iklan
Iklan

Itulah perihal penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Katanya mereka berdua dalam perancangan untuk bersatu semula selepas bercerai beberapa bulan yang lalu.

Jika sebelum ini, mereka bernikah secara senyap tanpa pengetahuan orang lain, namun baru-baru ini menerusi sesi siaran langsung di TikTok Datuk Red mengatakan andai mereka bertemu jodoh sekali lagi, Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis.

Iklan

"InsyaAllah. Saya ada suarakan dekat Adira(untuk nikah).. tapi dia kata hari tu bernikah pun sorok-sorok. Takkan nikah kali ini nak sorok-sorok juga?

Iklan

"Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata," katanya dilihat sedang menjual produk sambil melayan pengikutnya.

Menurut usahawan berusia 46 tahun itu, dia mahu menunaikan permintaan penyanyi berasal dari Sabah itu dan memohon orang ramai untuk mendoakannya.

"Kesiankanlah dia. Jadi saya akan tunaikan permintaan terakhir dia. Doakan saya," tambahnya.

Meninjau ruangan komen pemilik akaun Ayuariffin84 yang sempat menangkap layar siaran langsung tersebut, rata-rata mendoakan agar Datuk Red dan Adira bersatu semula di atas jenjang pelamin.

Terdahulu, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.