24 tahun kenal, Lisa Surihani kagum penghijrahan Nora Danish. 'Love you lillahitaala...'

Iklan

KEDUA-duanya cantik dan menjadi idola wanita. Sejuknya hati melihat Nora Danish dan Datin Lisa Surihani dah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Manakan tidaknya, ketika tu Nora meniti populariti dengan sitkom Puteri manakala Lisa pula terkenal sebagai pengacara dan membintangi filem serta siri televisyen.

Iklan
Iklan

Lisa, 38, yang terdahulu berhijab rupanya dalam diam mengagumi perjalanan 'hijrah' Nora Danish, 42, menjadi seorang muslimah.

Isteri kesayangan Datuk Yusri Abdul Halim itu juga berasa gembira ketika berjumpa dengan Nora selepas sekian lama tak bersua.

Iklan

"Gembira dapat berjumpa dengan awak setelah sekian lama Nora Danish yang sentiasa nampak jauh lebih muda daripada saya.

Iklan

Lisa yang mengakui mengenali Nora lebih 24 tahun mendoakan agar urusan dalam menutup aurat dipermudahkan dan segala ibadah yang dilakukan diterima ALLAH.

"Semoga ALLAH menjadikan kita dalam golongan yang diredhai-NYA, dengan iman yang teguh dan dapat beribadah dengan ihsan.

"Tak sangka Nora, pejam celik kita dah kenal antara satu sama lain lebih 24 tahun,” ujarnya lagi.

Bintang Istanbul Aku Datang itu terdahulu tampil dengan imej berhijab pada tahun 2019 selepas pulang daripada menunaikan umrah.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu pernah menceritakan kepada SinarPlus penghijrahan tidak sukar tetapi proses istiqamah yang menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.

Tahniah Lisa dan Nora, moga terus menjadi inspirasi wanita!

Sumber: Instagram