“Minta maaf, bukan anak yang baik” ucapan Cik B, kejutan Kacak bikin Datuk Seri Vida sebak!

Iklan

Datuk Vida yang dipercayai terlupa tentang tarikh yang bermakna itu awalnya kelihatan mengantuk dan letih ketika sampai di rumah, terkejut melihat Kacak membawa sebiji kek yang tertera ‘Happy Birthday My Lovely Mama, I Love You’.

SIAPA yang tidak kenal dengan usahawan dan juga pempengaruh Datuk Seri Vida, kan!

Kegigihan beliau membesarkan dua orang anak seorang diri dan pada masa sama membanting tulang mencari rezeki wajar menjadi contoh buat yang lain.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, anak lelakinya, Kacak telah membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran ibundanya itu.

Datuk Vida yang dipercayai terlupa tentang tarikh yang bermakna itu awalnya kelihatan mengantuk dan letih ketika sampai di rumah, terkejut melihat Kacak membawa sebiji kek yang tertera ‘Happy Birthday My Lovely Mama, I Love You’.

Iklan

Lebih menyentuh perasaan, Kacak dilihat menyuap kek kepada ibunya sambil meluahkan rasa sayang. Bukan itu sahaja, beliau turut menerima kiriman mesej daripada anak perempuannya iaitu Cik B yang kini berada di Sepanyol.

Iklan

"Happy birthday mama. Terima kasih selalu doakan Cik B dan sayang Cik B. Semoga mama menjadi lebih kaya dan banyak duit. Semoga mama sentiasa gembira, dipermudahkan segala urusan. Terima kasih menjadi mama yang hebat. Cik B sayang mama. Minta maaf Cik B bukan anak yang terbaik,” tulis cik B yang mampu mengalirkan air mata si ibu.

Di akhir video, Vida berdoa agar Allah ampunkan segala dosa-dosanya, anak-anak, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan stafnya.

"Circle saya kecil sekarang, Saya tak banyak bergaul dengan ramai orang kerana kena bekerja dan banyak bertanggungjawab saya.

"Passion saya dengan produk dan bisnes, serta tanggungjawab saya perlu jaga amanah untuk menguatkan lagi empayar perniagaan saya untuk diwarisi dan dijadikan satu legasi kepada saya, anak dan orang sekeliling,” luahnya.